
Akhir-akhir ini isu lembu telah mengemparkan rakyat Malaysia dan negara-negara jiran. Nescaya isu tersebut telah menjadi bahan ketawa para member kedai kopi. Walau pun isu ini nampak kelakar, tetapi kita tidak seharusnya memandang remeh tentang perkara tersebut.
Pertama, maruah negara telah tercabar.Lembu yang dilambangkan sebagai 'Bodoh'bagi orang Melayu, mungkin kerana setitik nila rosak susu sebelanga. Negara jiran kita angkap orang Malaysia betullah bodoh.Orang lain sedang sibuk gawat ekonomi tapi orang Malaysia tidak habis-habis dengan isu lembu.Balai polis pun sibuk dengan aduan dan saman oleh kerana lembu. Kes ini hampir sama hebat dengan kes Bush kena lempar kasut, diserata dunia orang orang berkenaan telah menghimpunkan kasut, melukis kartun kasut, melukis poster kasut dan lain-lain.Sejurus, rakyat jelata agak terhibur dengan "kasut".
Kedua, ada setengah pihak masih anggap rakyat Malaysia masih hidup pada zaman purba di mana apa yang diperkatakan oleh "Ketua" pastinya benar. Mereka telah lupa bahawa ramai orang yang telah dihantar ke MARA, telah graduat dan jadi manusia berkepala otak geliga.Mereka mampu membuat analisis tentang apa yang berlaku. Siapa betul-betul rasuah dan siapa buat-buat rasuah. Mereka juga dapat bezakan nilai rasuah lembu dengan nilai 5 million yang mana harus diutamakan.
Berikutan dengan itu jelas kita dapat lihat bahawa orang yang dengar cakap lebih berpeluang untuk naik pangkat dibanding dengan orang yang layak. Isu ini telah mencabar martabat dan kewibawaan seseorang menjalankan tugas yang dimandapkan oleh rakyat.Oleh yang demikian, rakyat bertambah keciwa dan kesal, malah takut dan sangsi dengan orang-orang tersebut tadi. Manalah tahu, bila giliran kita pula jadi mangsa.Bukankah mereka diberi kuasa muklak? Tanya tuan-tuan. Ya, tapi kakitangan kerajaan tidak terlepas dari"Saya yang menurut perintah". Pepatah Cina ada berbunyi,"Anjing yang selalu makan tahi akan makan tahi juga walau pun diberi nasi.
Mungkin apa yang diperkatakan tadi semuanya tidak benar. Isu ini timbul kerana satu kesilapan iaitu ada orang tak sabar-sabar nak "jet" menteri,manalah tahu kok kok boleh dapat Tan Sri...hasil dari"Kecekapan" beliau menjalankan tugas. Beliau tidak sangka hal ini telah menjadi isu. Oleh sebab itu orang tua-tua kata "jangan main api, nanti bakar diri!"
Sebenarnya orang politik bukan semuanya jahat.Orang yang nak join politik mestilah orang yang berpersonaliti jenis sosial dan suka menolong.Orang yang betul-betul berwibawa, membela rakyat, membantu menyelesaikan segala masalah dengan tidak kira masa atau wang ringgit. Tetapi oleh kerana wujudnya isu-isu seperti isu lembu tadi, orang-orang ini telah menjadi mangsa. Mereka dihukum oleh rakyat sama dengan hero "lembu" tadi.
No comments:
Post a Comment